ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Wednesday, December 12, 2012

Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN


MISI MPM KUIN

1. Menawarkan perkhidmatan secara sukarela daripada kalangan pelajar bagi membantu aspirasi penubuhan KUIN bagi melahirkan graduan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama' dan profesional Islam yang beramal, berilmu dan bertaqwa.

2. Bertekad membantu membangunkan ummah yang berilmu serta mengamalkan ajaran Islam secara universal berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

3. Menyelidik dan merumus strategi dan formula yang ideal untuk pembangunan ilmu Islam yang tulen dan pembangunan generasi yang berwawasankan Al-Qur'an dan Al-Sunnah serta pemupukan semangat persefahaman, perpaduan dan ukhuwwah Islamiyyah yang disanjung tinggi.

4. Mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta aneka teknologi terkini dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti.

0 comments:

Post a Comment

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH