ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Friday, December 7, 2012

Ahlan Wa Sahlan


Tahniah kepada semua pelajar baru ambilan Disember 2012 yang sudah bergelar mahasiswa dan mahasiswi INSANIAH secara rasmi.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada anda semua untuk menuntut ilmu di bumi INSANIAH.

~Semoga ada barakah dalam melangkah~



INTAKE DEC 2012 : Pelajar baru sedang menduduki peperiksaan EPT dan APT. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


MSR DEC 2012 : Ucapan penutup Presiden MPM Sesi 2012/2013 selepas sesi ramah mesra MPM bersama peserta MSR kali ini. Dalam ucapan beliau, Presiden MPM menerangkan sedikit pembawakan MPM KUIN kali ini serta suntikan semangat kepada pelajar baru untuk terus menimba ilmu di bumi INSANIAH (^_^)

~Sirru 'ala barakatillah~


INSANIAH, 6 Dis. – Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni Kolej Universiti INSANIAH, Prof. Dr. Wan Sulaiman Wan Yusoff menggariskan tiga elemen penting iaitu ilmu, amal dan taqwa sebagai kunci menjadi pelajar cemerlang.

Perkara itu disuarakan dalam ucapannya di hadapan lebih 300 pelajar baru pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim (MSR) dan Lafaz Ikrar Pelajar Pengambilan Disember 2012 di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini.

Menurut beliau tiga elemen berkenaan perlu disertakan azam kuat dan usaha berterusan tanpa mengenal erti jemu bagi memastikan hasrat mereka tercapai. Beliau turut mengingatkan mereka agar sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T. memohon dipermudahkan mendapat ilmu disampaikan.

Terdahulu MSR yang bermula sejak 3 Disember lalu dan melabuhkan tirainya hari ini dengan lafaz ikrar diketuai Mohd. Nasrul Islam Mohd. Darus bermakna bermulanya fasa baru kehidupan mereka sebagai mahasiswa dan mahasiswi di INSANIAH.


0 comments:

Post a Comment

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH