ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Saturday, January 26, 2013

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL


PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1434H PRESIDEN MPM KUIN SESI 2012/2013

Alhamdulillahirabbil’alamin, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas izinNya, kita memiliki nikmat Iman dan Islam hasil jerih payah kekasihNya, Rasulullah S.A.W. yang memerah keringat dan bertumpah darah demi menyempurnakan agama Allah di muka bumi ini. Selawat dan salam diucapkan kepada Baginda S.A.W., utusan Allah yang tercinta, yang telah menunjukkan jalan buat para mukmin untuk hidup di dunia dan membawa ke akhirat mengikut syariat Islam supaya kita senantiasa berada di bawah redha Allah S.W.T.

Setiap kali tiba bulan Rabiul Awwal, umat Islam menyambut hari kelahiran Rasulullah S.A.W. dengan pelbagai majlis dan acara. Di Malaysia, pelbagai agensi dan institusi, terutamanya masjid dan surau, mengadakan ceramah, perarakan, forum, kenduri dan lain-lain, demi memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W., yang telah membawa Islam yang menerangi jalan kehidupan manusia di atas muka bumi ini.
Kita melihat pada hari ini, manifestasi kecintaan kepada Rasulullah hanya dihidupkan setahun sekali. Namun yang menyedihkan bagaimana sirah perjuangan Rasulullah tidak benar-benar dihayati dalam kehidupan seharian bahkan ada yang menolak ajaran Nabi S.A.W. Kita melihat bagaimana Islam yang dibawa Rasulullah hanya diamalkan pada masa-masa tertentu. Hasilnya, kita melihat keadaan pada ketika ini yang sarat dengan masalah sosial, rasuah, penindasan ke atas mereka yang lebih lemah dan bermacam-macam lagi hasil daripada pengabaian dan penolakan sunnah Rasulullah S.A.W. 
”Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang sholeh”. (HR: Bukhari)
“Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkannya kepadamu (Wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman, dengan izin Tuhan mereka, ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.” (Surah Ibrahim: 1)

Bagaimanapun perasaan bersyukur dan berterima kasih atas nikmat agung ini tidak seharusnya terhad dengan sambutan Maulidur Rasul semata-mata. Sesungguhnya sambutan Maulidur Rasul hanyalah sebagai peringatan akan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu setiap umat baginda, iaitu untuk meneruskan tugas Rasulullah S.A.W. memberikan petunjuk dan bimbingan kepada umat manusia, memimpin mereka ke arah jalan yang betul dan diredhai Allah. Kita sebagai umat Islam bertanggungjawab memimpin umat yang lain, bukan sebaliknya.

Islam merupakan agama yang bernyawa dan dominan dalam kehidupan. Ia bukan sekadar istiadat dan upacara kaku, sebagaimana agama-agama lain. Sebaliknya Islam adalah satu cara hidup yang dihayati dari tahap individu dalam kehidupan peribadi, sehinggalah ke tahap negara dalam hubungan antarabangsa. Islam pernah memerintah dan mentadbir urusan dunia. Umat Islam pernah menjadi pemimpin dan teladan bagi umat-umat yang lain. Pencapaian hebat itu adalah hasil apabila umat Islam mempraktikkan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. dalam segenap aspek kehidupan mereka.

Umat Islam mesti menjadi teladan bagi kaum-kaum lain, sebagaimana Rasulullah S.A.W. mencapai kedudukan dihormati kaumnya ketika baginda masih muda. Gelaran “al-Amin”, yang bermaksud dipercayai, adalah aset akhlak yang digunakan oleh baginda ketika melancarkan dakwahnya di bukit Sofa, “Apakah pandangan kamu jika aku katakan bahawa ada tentera berkuda yang sedang bersiap siaga di sebalik wadi ini untuk menyerang kamu, adakah kamu mempercayai aku?” Mereka menjawab: “Kami tak pernah melihat kamu berdusta”.

Justeru ketibaan bulan Rabiul Awwal ini semestinya memberikan kita kesedaran betapa mengamalkan ajaran Islam sebenar dalam kehidupan peribadi, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara merupakan tuntutan yang amat mendesak ke atas umat Islam. Usaha ini perlu dimulakan dengan teladan daripada mereka yang bergelar pendakwah. Sesungguhnya dakwah yang paling berkesan ialah dengan tindakan dan contoh teladan. Kesan yang ditinggalkan oleh tindakan dan teladan ke dalam hati berkali ganda lebih hebat daripada kesan yang ditinggalkan oleh kata-kata nasihat.

Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijriah ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti INSANIAH menyeru agar semua individu muslim, para pemimpin amnya dan semua mahasiswa/mahasiswi khususnya, agar kembali menghayati akhlak Islam dalam segenap lapangan kehidupan. Akhlak Islam adalah berasaskan akidah yang sejahtera. Tanpa akidah tauhid, sebarang perbuatan yang dipandang baik, sama ada dalam soal peribadi atau kepimpinan, merupakan akhlak yang pincang, kerana mengetepikan ketuhanan Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Mengetahui perkara yang baik dan buruk bagi hamba-Nya. Seterusnya mantapkanlah akhlak itu dengan ibadah yang betul dan berterusan. Dirikanlah solat kerana ia mencegah perbuatan mungkar, tunaikanlah zakat kerana ia menyucikan jiwa dan harta, berpuasalah kerana ia membenihkan ketakwaan. Ibadah-ibadah sunat mampu memantapkan lagi akhlak seseorang hamba.

“SIIRU 'ALA BARAKATILLAH WA MAGHFIRATILLAH”

" MEMIMPIN KESATUAN, MENJANA KECEMERLANGAN "

WAN MOHD SHAHRIZAN BIN MOHAMED YATIM
Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti INSANIAH. 
Sesi 2012/2013

Friday, December 21, 2012

Ucapan Khas Presiden MPM



Mari bersama luangkan sedikit masa untuk mendengar ucapan khas Presiden MPM Sesi 2012/2013 sempena semester baru.

Lets us spend a little time to listen the speech from President of Student Reperesentative Council INSANIAH University College (MPM) regarding with new semester academic session.

Thursday, December 20, 2012

KENALI PIMPINAN ANDA

MAJLIS TERTINGGI MPM SESI 2012/2013

Wan Mohd Shahrizan Bin Mohamed Yatim
Syariah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

PRESIDEN 
(Merangkap Pengerusi Sekretariat Perancang, Panitia, & Pengurusan Strategik)

"Memimpin Kesatuan, Menjana Kecemerlangan"

Mohammad Naim Bin Ismail
Bahasa Arab
Kedah

TIMBALAN PRESIDEN 
(Merangkap Pengerusi Sekretariat Perhubungan Antarabangsa & Komunikasi Korporat)

"Memimpin Kesatuan, Menjana Kecemerlangan"

Siti Kholijah Binti Md Salleh
Bahasa Arab
Kedah

NAIB PRESIDEN 1 
(Merangkap Pengerusi Sekretariat Pembangunan Hal Ehwal Siswi, HEWI)

"Memimpin Kesatuan, Menjana Kecemerlangan"

Luqman Lutfi Bin Mahfuz
Muamalat
Pahang


NAIB PRESIDEN 2 
(Merangkap Pengerusi Sekretariat Pemantauan Kualliti & Implementasi)

"Memimpin Kesatuan, Menjana Kecemerlangan"

Muhammad Rahmatullah Bin Sulaiman
Syariah
Pahang


SETIAUSAHA AGUNG

"Memimpin Kesatuan, Menjana Kecemerlangan"

Raihanah Binti Rejab
Usuluddin
Kedah


TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG

"Memimpin Kesatuan, Menjana Kecemerlangan"

Basirah Binti Hassim
Bahasa Arab
Sabah


BENDAHARI KEHORMAT

"Memimpin Kesatuan, Menjana Kecemerlangan"

**********

BARISAN EXCO MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) SESI 2012/2013

Mohd Amirul Bin Yaakob
Bahasa Arab
Kedah


PENGERUSI BIRO PENERANGAN, INFORMASI, & MEDIA KORPORAT

"Memimpin Kesatuan, Menjana Kecemerlangan"

Noor Afifah Binti Adzmi
Muamalat
Kedah


TIMBALAN PENGERUSI 1 BIRO PENERANGAN, INFORMASI, & MEDIA KORPORAT

"Memimpin Kesatuan, Menjana Kecemerlangan"

Monday, December 17, 2012

Promosi Slot : Kalam Presiden MPM


Promosi Slot : Diari MPM


Promosi Slot : Berita MPM KUIN


Thursday, December 13, 2012

Lawatan MPM & HEP Ke Kampus Baru

Kampus Baru Kuala Ketil









Pandangan di depan Dewan Utama

Di ruang legar Dewan Utama

Di ruang legar Dewan Utama


Pandangan dari atas Dewan Utama

Di bahagian atas Dewan Utama

Di dalam Dewan Utama

Suasana di dalam Dewan Utama

Suasana di dalam bangunan Kulliyyah Syari'ah dan Bahasa Arab

Suasana di dalam bangunan Kulliyyah Syari'ah dan Bahasa Arab

Suasana di dalam bangunan Kulliyyah Syari'ah dan Bahasa Arab

Suasana di dalam bangunan Kulliyyah Syari'ah dan Bahasa Arab



Di dalam perpustakaan

Di dalam perpustakaan

Di dalam perpustakaan

Di dalam perpustakaan

Di dalam perpustakaan

Di dalam perpustakaan

Wednesday, December 12, 2012

KENANGAN MSR INTAKE DEC 2012



Tahniah kepada semua pelajar baru ambilan Disember 2012 yang sudah bergelar mahasiswa dan mahasiswi INSANIAH secara rasmi.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada anda semua untuk menuntut ilmu di bumi INSANIAH.

~Semoga ada barakah dalam melangkah~

Stay Connected With MPM KUIN


Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN


MISI MPM KUIN

1. Menawarkan perkhidmatan secara sukarela daripada kalangan pelajar bagi membantu aspirasi penubuhan KUIN bagi melahirkan graduan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama' dan profesional Islam yang beramal, berilmu dan bertaqwa.

2. Bertekad membantu membangunkan ummah yang berilmu serta mengamalkan ajaran Islam secara universal berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

3. Menyelidik dan merumus strategi dan formula yang ideal untuk pembangunan ilmu Islam yang tulen dan pembangunan generasi yang berwawasankan Al-Qur'an dan Al-Sunnah serta pemupukan semangat persefahaman, perpaduan dan ukhuwwah Islamiyyah yang disanjung tinggi.

4. Mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta aneka teknologi terkini dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti.

Monday, December 10, 2012

"Kami sahabat anda, Anda Sahabat Kami"


LETS KEEP IN TOUCH WITH MPM MEMBER'S 2012/2013

**MAJLIS TERTINGGI EKSEKUTIF**

>PRESIDEN
WAN MOHD SHAHRIZAN BIN MOHAMED YATIM (019-6377870)
https://www.facebook.com/WanShahrizanNHanisah?ref=ts&fref=ts

>TIMBALAN PRESIDEN
MOHAMMAD NAIM BIN ISMAIL (013-2002085)
https://www.facebook.com/mohammad.naim.bin.ismail?fref=ts

>NAIB PRESIDEN I
SITI KHOLIJAH BINTI MD SALLEH (019-4120636)
https://www.facebook.com/khadijah.bintusoleh?fref=ts

>NAIB PRESIDEN II
LUQMAN LUTFI BIN MAHFUZ (014-5308922)
https://www.facebook.com/ibnu.mahfuz?fref=ts

>SETIAUSAHA AGUNG
MUHAMMAD RAHMATULLAH BIN SULAIMAN (014-5132709)
https://www.facebook.com/rahmat.lilalamin?fref

>TIMBALAN SETIAUSAHA
RAIHANAH BINTI REJAB (013-4441675)
https://www.facebook.com/raihanah.alfateh?fref=ts

>BENDAHARI KEHORMAT
BASIRAH BINTI HASSIM (019-4015593)
https://www.facebook.com/achik.baseerah?fref=ts

**MAJLIS MESYUARAT EKSEKUTIF (EXCO-EXCO)**

>BIRO PENERANGAN, INFORMASI & MEDIA KORPORAT

PENGERUSI:
MOHD AMIRUL BIN YAAKOB (013-5820892)
https://www.facebook.com/dekyo92
TIMB. PENGERUSI I:
NOOR AFIFAH BINTI ADZMI (013-4299548)
https://www.facebook.com/afiefahri?fref=ts
TIMB. PENGERUSI II:
SITI HUSNA BINTI MOHD SIDEK (019-5623454)
https://www.facebook.com/siti.husna.1238?fref=ts
TIMB. PENGERUSI III:
ADIBAH BINTI IBRAHIM (017-5831792)
https://www.facebook.com/semerah.w.hati.5?ref=ts&fref=ts

>BIRO KEROHANIAN, KEPIMPINAN & PEMBANGUNAN INSAN

PENGERUSI:
MUHAMMAD AFIQ BIN RAHAMAT (013-2970154)
https://www.facebook.com/muntasir.muntaza?fref=ts
TIMB. PENGERUSI I:
RAZMAYANTI BINTI ALIBASA (019-8405776)
https://www.facebook.com/sufi.humaira?fref=ts
TIMB. PENGERUSI II:
BIDAYATUN SOLEHAH BINTI ABDULLAH (017-7004829)
https://www.facebook.com/bidayatun.solehah?fref=ts

>BIRO AKADEMIK, PENYELIDIKAN & LATIHAN

PENGERUSI:
AHMAD MUSTAQIM BIN NANAWI (013-8386594)
https://www.facebook.com/mustaqim89?fref=ts
TIMB. PENGERUSI I:
SITI KHUZAIFAH BINTI HASHIM (013-6532425)
https://www.facebook.com/siti.khuzaifah.98?fref=ts
TIMB. PENGERUSI II:
NORMAIZATUL IZWANI BINTI MAD ISA (013-5116708)
https://www.facebook.com/nurul.humaira92?fref=ts

>BIRO KEBAJIKAN, ADUAN & PERKHIDMATAN

PENGERUSI:
MEOR HARITH ALWY BIN MEOR SHAMSHUL ANUAR (013-2213791)
https://www.facebook.com/signore.romeor?ref=ts&fref=ts
TIMB. PENGERUSI I:
MISS UMAIMAH BINTI MAHAMMAD ALEE (017-5685643)
https://www.facebook.com/suarahati.umaimah?ref=ts&fref=ts
TIMB. PENGERUSI II:
UMMI NORHASHRINA BINTI ISHAK (017-5506051)
https://www.facebook.com/hashrina

>BIRO EKONOMI, KEUSAHAWANAN & KERJAYA

PENGERUSI:
ABDUL SALAM BIN DAHARI (013-5601061)
https://www.facebook.com/abdulsalam.dahari?fref=ts
TIMB. PENGERUSI I:
RAHMAH BINTI ISHAK (013-5934621)
TIMB. PENGERUSI II:
NURUL JANNATUL JIHAD BINTI ISMAIL (013-4312032)
https://www.facebook.com/fatatun.jihadiyyah?ref=ts&fref=ts

>BIRO KEDIAMAN, JARINGAN KAMPUS & KEMASYARAKATAN

PENGERUSI:
HAYATUL BINTI HARUN (013-9316991)
TIMB. PENGERUSI I:
NOR AINI BINTI KASIM @ KASMI (013-4775451)
https://www.facebook.com/peluang.cahayamataku?fref=ts
TIMB. PENGERUSI II:
NURFARZANA BINTI ABD RAHMAN (017-4060957)
https://www.facebook.com/harrierana?fref=ts

BIRO SUKAN, REKREASI & KEBUDAYAAN

PENGERUSI:
MOHD HASANUL ISHRAF BIN HJ LUDIN (013-5973905)
https://www.facebook.com/sanul.ishraf?fref=ts
TIMB. PENGERUSI I:
SITI NOORIFAH BINTI ABDUL NUIN (013-8927094)
https://www.facebook.com/noorifah.nuin?fref=ts
TIMB. PENGERUSI II:
SURYANI BINTI FACHRURRAZI (019-9175054)
https://www.facebook.com/dealova.uruf?fref=ts

Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (MPM KUIN) merupakan satu organisasi kolektif bersama, bersatu, berusaha menyumbang bakti ke arah melahirkan warga KUIN yang seimbang dan harmonis dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani berasaskan keimanan kepada Allah serta memberi sumbangan kepada masyarakat sejajar dengan fitrah insani untuk membentuk generasi yang berwawasan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Friday, December 7, 2012

Seminar Sihir & Saka


PELUANG KEEMASAN UNTUK PELAJAR INSANIAH !!!

Tajuk Program : Seminar Sihir & Saka
Tarikh Seminar : 21 Disember 2012 ( 07 Safar 1434 H )
Hari & Masa Seminar : Jumaat & 8.30 Pagi –6.00 Petang
Tempat Seminar : Pusat Dakwah Islam Kedah, Jalan K
olam Air, Alor Setar Kedah.
Penyertaan Seminar : Terbuka Untuk Muslimin & Muslimat
Yuran Penyertaan Istimewa Utk Mahasisw/wi KUIN : RM50.00
Yuran Penyertaan Umum : RM150.00 ( termasuk nota,sijil & jamuan )

Penyertaan : SMS Nama>No.K/P>KUIN>3SKedah> 012-5455711

Tarikh Tutup : 20 Disember 2012

Wanita : Kerana Dirimu Begitu Berharga


MAJLIS MAKAN MALAM
&
FORUM PERDANA
"wanita : kerana dirimu begitu berharga"

Tempat : Restoran Nelayan, Batu 8, Gombak
Tarikh : 19 Januari 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam - 11.00 malam
Bayaran : RM 50.00
Hubungi : 03-61774612

PENDAFTARAN : www.k-fiqh.com

SAVE SYIRIA FREE GAZA


"SAVE SYIRIA FREE GAZA"

TEMPAT : STADIUM MELAWATI SHAH ALAM
TARIKH : 9 DISEMBER 2012
MASA : 5.00 PM - 11.00 PM 

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH